Kelas ini di buka pada tahun 1992. Guru kelas tersebut adalah En. Jamadi bin
Maruan yang telah menjalani kursus pendidikan prasekolah manakala pembantunya ialahPn.
Zabedah binti Wagiman. En.Jamadi yang telah menjalani kursus pendidikan prasekolah
ini telah menjalani tugas dengan baik sehingga jawatan itu di ganti pula
denganPn. Siti Rohana binti Raban. Pn. Siti Rohana telah menamatkan kursus selama
2 tahun setengah di dalam bidang Pendidikan awal Kanak-Kanak di maktab Perguruan
Sri Pinang, Pulau Pinang.
Apabila pembantu prasekolah meletak jawatan, ia diganti
pula dengan warga Felda Layang-layang sendiri iaitu Cik Izam binti Samat.
Beliau juga telah meletakkan jawatan dan di ganti pula dengan Pn. Sarifah binti
Mohamad. Tetapi, beliau juga tidak lama berkhidmat di sekolah ini dan di ganti
pula dengan Pn. Mahara binti Samit yang berkhidmat sehinggalah sekarang.
Pada tahun 1993, cadangan
mewujudkan sebuah panatia Prasekolah Zon Simpang Renggam/ Renggam telah di
terima. Lima buah sekolah telah menyertainya. Guru-guru prasekolah zon SimpangRenggam/
Renggam sepaka tmemilih satu warna yang akan di pakai sebagai warna rasmi prasekolah
masing-masing. Denganitu, prasekolah SK LKTP Layang-layang telah sepakat memilih
warna “HIJAU” sebagai warna rasmi.
Pada tahun 2001, Prasekolah SK LKTP Layang-layang telah diberi
nama “PRASEKOLAH SAYANG” ilham daripada guru prasekolah itu sendiri. Namun begitu,
tahun 2007 Pn Siti Rohana telah berpindah ke SK Ibrahim Majid setelah hamper 15
tahun berkhidmat di SK LKTP Layang-layang.
Pada 2008, guru prasekolah diganti pula dengan Pn. Masnah binti
Saide yang berpindah kenegeri Johor. Beliau merupakan guru yang telah menamatkan
pengajian Diploma Perguruan dalam bidang Pengajian Prasekolah / Pengajian Melayu
daripada Maktab Perguruan Sandakan Sabah.Kini, Prasekolah Sayang bergerak sebagai
sebuah prasekolah yang sentiasa tampil untuk melahirkan generasi baru yang
mempunyai sahsiah yang baik dan ilmu pengetahuan yang seiring dengan kemajuan negara
kita.
No comments:
Post a Comment