Thursday 15 November 2012

Tuesday 13 November 2012

MODUL PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERTEMA BAHASA MELAYU

Modul bertema bahasa melayu

Pendidikan Prasekolah Malaysia memberi tumpuan kearah usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membuka minda mereka.
Pendekatan Bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana:
1.     Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/ tunjang yang berlainan.
2.     Pendekatan bertema akan membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut:
1.     Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
2.     Membina carta aliran/ web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.     Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada dipersekitaran.
4.     Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.
Dua jenis web yang biasa digunakan dalam pendekatan bertema ialah web umum dan web khusus. Perbezaan antara kedua-dua jenis web ini adalah seperti berikut:
1.     Web umum menunjukkan hubungkait antara konsep, idea, sumber, kegunaan dan cirri yang berkaitan dengan tema tersebut.
2.     Web khusus menunjukkan perkaitan antara konsep, idea, aktiviti dan kemahiran tunjang dan standard pembelajaran dalam kurikulum prasekolah.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bertema ini merupakan salah satu terbitan dalam Siri Buku Panduan Guru oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan utama penerbitan Siri Buku Panduan Guru adalah untuk membantu guru merancang pendekatan, strategi dan teknik yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

KELAS PRASEKOLAH SAYANG






SEJARAH PRASEKOLAH SAYANG SK LKTP LAYANG-LAYANG, SIMPANG RENGGAM


Kelas ini di buka pada tahun 1992.  Guru kelas tersebut adalah En. Jamadi bin Maruan yang telah menjalani kursus pendidikan prasekolah manakala pembantunya ialahPn. Zabedah binti Wagiman. En.Jamadi yang telah menjalani kursus pendidikan prasekolah ini telah menjalani tugas dengan baik sehingga jawatan itu di ganti pula denganPn. Siti Rohana binti Raban. Pn. Siti Rohana telah menamatkan kursus selama 2 tahun setengah di dalam bidang Pendidikan awal Kanak-Kanak di maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Apabila pembantu prasekolah meletak jawatan, ia diganti pula dengan warga Felda Layang-layang sendiri iaitu Cik Izam binti Samat. Beliau juga telah meletakkan jawatan dan di ganti pula dengan Pn. Sarifah binti Mohamad. Tetapi, beliau juga tidak lama berkhidmat di sekolah ini dan di ganti pula dengan Pn. Mahara binti Samit yang berkhidmat sehinggalah sekarang.
Pada tahun  1993, cadangan mewujudkan sebuah panatia Prasekolah Zon Simpang Renggam/ Renggam telah di terima. Lima buah sekolah telah menyertainya. Guru-guru prasekolah zon SimpangRenggam/ Renggam sepaka tmemilih satu warna yang akan di pakai sebagai warna rasmi prasekolah masing-masing. Denganitu, prasekolah SK LKTP Layang-layang telah sepakat memilih warna “HIJAU” sebagai warna rasmi.
Pada tahun 2001, Prasekolah SK LKTP Layang-layang telah diberi nama “PRASEKOLAH SAYANG” ilham daripada guru prasekolah itu sendiri. Namun begitu, tahun 2007 Pn Siti Rohana telah berpindah ke SK Ibrahim Majid setelah hamper 15 tahun berkhidmat di SK LKTP Layang-layang.
Pada 2008, guru prasekolah diganti pula dengan Pn. Masnah binti Saide yang berpindah kenegeri Johor. Beliau merupakan guru yang telah menamatkan pengajian Diploma Perguruan dalam bidang Pengajian Prasekolah / Pengajian Melayu daripada Maktab Perguruan Sandakan Sabah.Kini, Prasekolah Sayang bergerak sebagai sebuah prasekolah yang sentiasa tampil untuk melahirkan generasi baru yang mempunyai sahsiah yang baik dan ilmu pengetahuan yang seiring dengan kemajuan negara kita.


Monday 1 October 2012

Biodata Saya



 
No Kad Matrik : D20112055330

No Kad Pengenalan : 830702-12-5434

Nama   :  Masnah binti Saide

Tajuk Blogspot   :  Model Bertema ( Bahasa Melayu )